HUBUNGI KAMI

SMK TENANG STESEN

KM19, Tenang Stesen,
85030 SEGAMAT,
Johor, Malaysia.

Tel : +607 927 9058
Fax : +607 927 9058

jea7033@moe.edu.my

SMK TENANG STESEN
KM19, Tenang Stesen, 85030 SEGAMAT, Johor, Malaysia.
Tel: +607 927 9058 Fax: +607 927 9058
smktsj@yahoo.com.sg

 

Sekolah Menengah Tenang Stesen yang indah dan permai ini telah dibuka pada tahun 1984. Ketika itu hanya mempunyai empatt blok bangunan iaitu A,B,C dan D. Jumlah guru ketika itu hanyalah 15 orang dan pelajar seramai 309 orang.

Dengan empat blok bangunan inilah SMK Tenang Stesen menjalankan operasi pengajaran dan pembelajaran di samping kegiatan kokurikulum. Empat blok bangunan tersebut ialah ;

1. Blok A – Bangunan 3 tingkat untuk pentadbiran , perpustakaan dan bilik guru.

2. Blok B – Bangunan 3 tingkat untuk makmal kelas dan bulik ERT.

3. Blok C – Bangunan satu tingkat iaitu bengkel Kemahiran Hidup.

4. Blok D – Bangunan satu tingkat iaitu kantin.

Pada tahun 1988 dua blok bangunan telah ditambah bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat. Blok E dan Blok F dijadikan kelas bagi menampung pertambahan tersebut.

Pada tahun 1993 bangunan bilik darjah baru setinggi tiga tingkat dibina selaras dengan pertambahan pelajar.Tahun 1995 sekali lagi SMK Tenang Stesen mengorak langkah iaitu sesuai dengan tuntutan agama Islam yang suci, sebuah surau telah dibina bagi tempat beribadat.

Pada tahun 1999 pula SMK Tenang Stesen maju setapak lagi iaitu apabila tempat letak kereta telah siap dibina atas usaha tabung kebajikan sekolah dan sumbangan PIBG.

 

 

 

En. Zulkefli bin Sulong
Pengetua

Hakcipta © 2013 - 2017 SMK Tenang Stesen, Segamat, Johor, Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
SMK TENANG STESEN, KM19, Tenang Stesen, 85030 Segamat, Johor, Malaysia.
T: +607 927 9058 | F: +607 927 9058 | smktsj@yahoo.com.sg
Portal ini sesuai dilayari menggunakan Apple Safari 6.0, Google Chrome 27.0, Mozilla Firefox 21.0 dan Opera 12.5

 

Go to top